THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sahabat ~

INTERBIEW INTERBIEW



Entah kenapa pg ni aku rajin lak nk basuh kate...Tgk belapuk je...Siap polish lg..MUahahaha...Tetibe aku tegerak lak hati nk tgk peti surat.... Arhh..kejap2 ag lh...kata hatiku...Lepas basuh kate aku rehat2...makan2... pastu br g tgk peti surat... Perghhhhhhhh....gila Heppy...Suka rr.....dapat surat panggil interbiew!!!....Awwww......suka mak nyahh...hahahaha

Jawatan dia x state lak...tp soh datang temuduga... OK la tu.. Lama gila kot aku tggu nk keje sini bebulan2 lepas aku end traning kt sini br skg kene panggil interbiew... Alhamdulilah... Suka suka suka... Orang 1st skali aku bagi tahu mesti lah my lovely mom.. Suka xterkata laa plak ibu kan kan... Hope fully dpat this job... Dekat pn dekat ngn uma aku... Kawan2 kt SAJ pn OK...Sporting BESTTTT gila masa keje ni... hehehehe..... Mudah2an rezeki laa..... Syukur n gembira x terkata... Ibu selalu kata usaha tanpa rasa keluh di tambah dengan rasa sabar akan mendapat ganjaran yang terbaik ALLAH akan berikan... So aku ingat pesan ibu walau hati aku memberontak nk keje nk keje sbb bosan kot duk uma...hehehehe... ALHAMDULILAH.....







Petangnyer plak, Sedang gedik santai di hadapan TV.. Best lak tgk citer DOLLAH HAPAK kt Astro ni... gelak xhenti2...hahahaha... Tetibe ada call masuk..... Call from senai Airport.. Ni pn aku dah lupe bila aku send resume pn aku x ingat pasal dah lame noh send resume so feedback lambat kn....so hampir luput dah tarikh ingatan uh...BAHAHAHA.... ALHAMDULILAH... rezeki... Terima kasih YA ALLAH..... betul la bulan hari jadi kita selalunya ALLAH akan berikan rezeki... Mudah2an rezeki ini lah yang di berikan pada aku...Hopefully this time i will get this job. Kali ni kt AIRPORT, Alhamdulilah panggilan telefone buat aku heppy sgt harini... Aku dipanggil interbiew ~ jawatan : Fight Attendent.. Cewwaahhh...Gila laa kalo aku jadi flight attendent.. Mau x mengamuk mak ayah aku.. Lagi2 boyfren aku.. 1st lg dia dah warning JANGAN....hahahaha...Ala...test market pn xley.. Sj je mana mohon pn...hehehe...Yang dipanggil 6 orang tp untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut 1je..Kalo dah rezeki tu xke mana..Berdoa jela..Yahuuuuuuuuu.....tp kt senai lorhh... OMG!! it's too far from my house..What eva is job 1st, Salary masyukk kn kn...betul xx???


Mudah2an Usaha aku x sia2... Di iringi doa dan restu Ibu Ayah.. Aku harap dpat lh keje... BOSANNNNN oooo dok uma....hehehe......

Sekian..









INI jadinya bila berangan je kejenye..hahaha..



Adehh....Video ni aku wt semalam..time aku nk kua p jejalan..


Yang x bley hendel tu aku sempat


plak nk video ni..hahaha...


Tarik sane... Tarik sini.. konfeus....tgk camera... hahaha....


Sj je...bosan.. +++ perasan..hahaha...


Jap2...poyoss..hahaha..........







Hahahaha


Fara, kalo ko bc blog aku..


Aku tahu apa ko nk ckp kt aku..


Korang jgn ketawa erk...


finally.... selendang aku pkai tu jadi taw.. hahaha.....


Try this at HOME...Muahahahaha,.....


Ting tong jap..hahaha...


Ok x?? Ok X?? simpel je...


hehehehe


Hahahahaha


Sekian,

Tutup aurat apakah perlu ikhlas>>>


Sungguh, artikel ni untuk diriku sendiri..

Assalamualaikum…

Selalu kita dengar…
Apabila dinasihatkan supaya tutup aurat dengan baik..
Pakai tudung dengan elok..
Berpakaian dengan elok..
Bertutup aurat..
Tetapi masih lagi dengan alasan yang biasa2 kita dengar..

“Nak buat apa tutup aurat jika hati belum ikhlas”
“Saya tak mo jadi hipokrit”
“Aku belum dapat hidayah lagi nih”
“nanti2lah.. aku belum dapat seru lagi”

Sebenarnya :-

Allah SWT dan RasulNya telah mengarahkan semua wanita Islam untuk menutup aurat..
Awak mengaku awak Islam..??
Adakah awak mengaku yang awak seorang Islam..???
Atau awak menganut agama lain…??
Jika mengaku diri Islam, maka kena ikutlah…

Justeru,
sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak,
suka atau tidak,
nak rasa hipokrit atu pun tidak..
disuruh oleh orang lain atau terbit dari hati sendiri,
dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban tersebut..

Analogi :

Kita..
warga Malaysia..
1 saat perlu menetap di Singapore..
Alkisah kita di Malaysia, sangat laju bawa kereta,
Drift la katakan.. Sangat tak berhemah
Bila menetap di Singapore..
Secara automatik kita kena ikut peraturan Singapore.
Tak boleh bawak kereta laju.. Kena berhemah..
Kena ikut peraturan Singapore..
Suka atau tak suka.. Kamu kena ikut..
Kalau tak ikut.. Pihak berkuasa Singapore akan saman…

Atas sebab itu,
Pemandu yang tadinya “brutal” di Malaysia
TERPAKSA berubah bila menetap di Singapore.
Tidak kiralah sama ada dia berubah kerana hipokrit,
Terpaksa atau paksa rela..
tidak ikhlas atau apa jua sebab luaran.
Hakikatnya, dia MESTI berubah,
kerana itu adalah peraturannya..
Mengabaikannya akan membawa mudarat kepada diri sendiri dan pemandu orang lain.
Memandu tidak berhemah… kalau eksiden, orang lain terlibat sama..
Sebab diri sendiri tak berhemah..
Maka menyusahkan orang lain sama..

Sama juga seperti tutup aurat dan bertudung..
itu adalah peraturan dalam agama Islam,
mengabaikannya akan membawa mudarat spiritual kepada diri sendiri dan juga orang lain..
Mengapakah saya berkata begitu..
kerana setiap lelaki yang melihat aurat wanita bukan mahram,
akan berdosa dan dosanya dikongsi bersama oleh wanita tersebut.
Bukankah itu akan mendatangkan mudarat dan kesusahan..
Kepada orang lain dan diri sendiri??..

Maka sebab itu..
Hipokrit, terpaksa, belum sampai seru, belum dapat hidayah dan lain2 alasan yang tak logik,
tidak boleh sama sekali menjadi PENGHALANG untuk mengerjakan semua KEWAJIBAN agama,
termasuk menutup aurat.
Ia adalah arahan Allah dan hak Allah untuk menguji hambanya.

Sama juga seperti solat
membayar zakat,
puasa Ramadhan dan
semua arahan serta larangan Islam yang lain,
sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak.
Kita kena buat…
kerana itu adalah arahan Allah...

p/s : Wake Up zati, performed your duty to Allah..

Mcm mana nk balas bila orang puji kita????

Assalamualaikum…

Kawan2…
Pernah tak dipuji orang??
Baguskah jika mendapat pujian?

Pujian itu sebenarnya tidak elok untuk diri sendiri..
Ada hadis dari nabi yang mengatakan jangan berlebihan dalam pujian..
Jangan berlebihan dalam memuji manusia..
Jika kawan2 mahu tahu apakah hadis itu,
Kawan2 boleh tanya pak cik google..
Beliau sangat setia menjawap..

OK..

Kalau orang selalu jugak puji kita, kita nak jawap apa..??

Contoh:

“Eh, besarnye keta kau, mesti banyak duit ni”
“Eh, dah jadi jurutera sistem dah sekarang, bagus la kau ni”
“Kau ni memang baik laa..”
“Wahh, cantiknya baju kau”
“pandai la anak kau, baru umur 3 tahun dah pandai baca surat khabar”
“bagus la entri2 dalam blog kau”
“wah.. ramainya follower ko”

Dan pujian2 lain yang dirasakan perlu…

Apakah jawap kita..
Perlukan kita rasa bangga??
Perlukah kita rasa kembang hidung??
Perlukah kembang kuncup hidung akibat dipuji??
Perlukah kita rasa riak..??
Percayalah… sedikit sebanyak akan rasa riak..
Macam mana nak hilangkan rasa riak..?

Kalau orang selalu jugak puji kita, kita nak jawap apa..??

Allah sudah ajar kita didalam Al Quran..
Surah Al Kahfi, ayat ke 39

Jawaplah….






"MaasyaAllaah, laa quwwata illaa billaah”
Sungguh atas kehendak Allah semua ini terwujud


“Eh, besarnye keta kau, mesti banyak duit ni”
Jawap : MaasyaAllaah, laa quwwata illaa billaah

“Eh, dah jadi jurutera sistem dah sekarang, bagus la kau ni”
Jawap : MaasyaAllaah, laa quwwata illaa billaah

“Kau ni memang baik laa..”
Jawap : MaasyaAllaah, laa quwwata illaa billaah

“Wahh, cantiknya baju kau”
Jawap : MaasyaAllaah, laa quwwata illaa billaah

“pandai la anak kau, baru umur 3 tahun dah pandai baca surat khabar”
Jawap : MaasyaAllaah, laa quwwata illaa billaah

“bagus la entri2 dalam blog kau”
Jawap : MaasyaAllaah, laa quwwata illaa billaah

“wah.. ramainya follower ko”
Jawap : MaasyaAllaah, laa quwwata illaa billaah


Kenapa kita jawap begitu..??

Supaya…
Dalam hati kita..
Terbit rasa syukur kepada Allah..
Supaya dalam hati kita, dijauhkan rasa sombong, bongkak, bangga diri…
Kita sedar..
Kita tidak mampu…
Semua dengan pertolongan Allah..

Hakikatnya…
Semua dari Allah..
Semua atas kehendak Allah..
Semua dengan izin Allah…
Supaya kita sedar diri!!…
Kengkadang, kita ni tak sedar diri.. (saya la ni)
Mengganggap sesuatu kebaikan itu terjadi adalah disebabkan diri sendiri..
Kita lupa sebenarnya ALLAH lah yang menjadikan perkara itu terjadi…
Kita sebenarnya tidak berdaya..
Hakikatnya semua dari Allah..

p/s : Sungguh atas kehendak Allah semua ini terwujud


Terkadang hati ini tertanya-tanya….kenapa masih perlu menunggu? Sedangkan aku tahu, aku telahpun menemui mujahidku… diri ini terlalu yakin, dialah jawapan doa hari2 ku… “Ya Allah, kurniakanlah kepada ku hamba Mu yg soleh sebagai suami, agar dia dapat membimbingku menuju syurgaMu…”

Resah gelisah hati menunggu…mengira setiap detik dan waktu, impian itu menjadi kenyataan… bersama-sama si mujahid… menemaninya dalam perjuangannya… eh?? perjuangan?? Ya Allah…aku lupa lg… seorang mujahid, tujuannya satu… berjuang malah berkorban utk menegakkan Deen-ul-haqq… walau telah bergelar suami, perjuangan tetap berjalan.. pengorbanan tetap diteruskan!! Malah itu juga seharusnya menjadi perjuangan aku juga bukan?..

“Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya….” [33:4]

Hati si mujahid telahpun sarat dengan cinta kepada Rabbnya.. Yang menjadi pendorong kepada perjuangannya.. (begitulah harapnya) .. mana mungkin pada masa yang sama, si mujahid menyintai ku (setelah bergelar isteri) dengan sepenuh hatinya? Walaupun setelah ku curahkan selautan sayang.. ku legakn penat lelah perjuangannya dengan gurauan manja.. ku cukupkan makan pakainya….si mujahid masih tidak boleh leka dari perjuangannya!! Ya Allah, aku kah yang akan menjadi fitnah yang melekakannya dari perjuangannya yang dulu cukup ikhlas hanya untuk Rabbnya???…..

“Katakanlah, Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, ISTERI-ISTERImu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuwatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya” dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik”…..[9:24]

Oh tidak!! Aku tidak mahu menjadi penyebab si mujahid leka akan tanggungjawabnya yang lebih besar…tanggungjawabnya untuk Ad-Deen ini…. Tapi sanggupkah??…sanggupkah diri ini hanya memperoleh secebis hati si mujahid yg telah sarat dengan cintanya kepada yang lebih berhak?? Sanggupkah diri ini sering ditinggalkan tatkala si mujahid perlu ke medan juang?? Malah sanggupkah diri ini melepaskn si mujahid pergi sedangkn hati ini tahu si mujahid yang teramat di cintai mungkin akan keguguran di medan juang??..sanggupkah???

Ya Allah… Layakkah diri ini menginginkan suami semulia Rasulullah..sedangkn diri ini tidak sehebat Khadijah mahupun Aisyah… Lihat sahaja isteri-isteri Nabi… Ummul-muslimin…Ummi-ummi kita…lihat saja perjuangan dan pengorbanan mereka… lihat sahaja ketabahan hati mereka… sehinggakn setelah diberi pilihan antara cinta duniawi dan cinta mereka terhadap Allah dan Rasul…Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu “Jika kamu menginginkan kehidupan di dunia dan perhiasannya, maka kemarilah agar kuberikan kepadamu mut’ah dan ku ceraikan kamu dengan cara yang baik“ [33:28]

Allah dan Rasul tetap menjadi pilihan! Mampukah aku menjadi seperti mereka?? Mampukah aku membuat pilihan yang sama kelak, setelah mabuk di lautan cinta kehidupan berumah tangga?? Mampukah aku mengingatkn si mujahid tatkala dia terlupa dan terleka dari cintanya dan tugasnya demi Rabbnya?? Atau aku juga akan turut hanyut malah lebih melemaskn lagi si mujahid dengan cinta duniawi??
Ah sudah wahai hati, hentikan saja angan-anganmu, hentikan saja kiraan waktumu…. Masanya belum tiba untuk kau memiliki si mujahid, kerana kau sendiri belum lagi menjadi seorang mujahidah yang sebenar!!

Hati, janganlah kau sibuk mengejar cinta mujahid, tetapi kejarlah cinta Penciptanya…Hati, janganlah kau lekakan aku dengan angan-anganmu…sedangkan masih terlalu banyak ilmu yg perlu ku raih…. Hati, sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan??…tapi kau masih terlau rapuh utk menghadapinya…kau perlu tabah!! dan aku tahu, kau tak mampu utk menjadi sebegitu tabah hanya dalam sehari dua… Duhai hati… bersabarlah… perjalanan kita masih jauh…. bersabarlah… teruskan doamu… hari itu akan tiba jua…. pabila engkau telah bersedia menghadapinya kelak…. bersabarlah….. izzati....

Sekian,

15 Febuary..

Ohh....bosannn tidak terkata....Hahahaha... Itu je yg bley aku ckap sbb lepas bangun subuh aku xbley tdo..susah nk tdo balik so subuh lg aku bangun pastu bersiap2 ke masjid Abu Bakar Johor Bahru.. Haaa...nk tahu kenapa??

15 Febuary ni..kita akan sambut Maulidurasul... Waaa...ramai nye org....Tepat shaja pukul 7.30 pagi aku sampai di masjid,aku teruss melulu mcari tempat untuk duduk.. Dengan langkah kanan serta selawat ke atas nabi. Aku masuk di pintu, kemudian aku tertarik di satu sudut di sebelah tiang. Di situ aku lihat terdapat majalah dah risalah yang di sediakan untuk di baca. Haa... Kisah-kisah nabi dan pengorbanan beliau terhadap islam..... Aku cukup kagum dengan Nabi kita, Nabi Muhammad SAW.Hebat kn beliau... Alangkah indah andai aku dapat bersua dengan Nabi.. tp apakan daya. Aku hanya insan biasa.. Cewaaahh... hehehe...

Setelh mendengar ceramah.. Aku terus ke khemah luar.. Korang mesti tahu kenapa???jeng jeng jeng... makan laaa...apa lg... Xubah ketika aku menyambut maulidurasaul di sekolah dahulu.. Makan beramai2 dalam dulang... Sedap...Mesra...sesama saudara seislam..Setelah selesai aku pulang kerumah...
Aku menonton TV3, Jejak Rasul.. Teruja dengan kisah-kisah Nabi. Walau banyak kali aku dengarkn kisahnya, tp tidak sekali aku rasa jemu. Malah ingin ku dengar kisah nabi berulang-ulang kali. Aku kagum kerana menjadi umat Nabi. Aku bangga kerana mempunyai Rasul sehebat Nabi.. Ya ALLAH.. Kau maha Kaya, Kau maha Kuasa.. Terima kasih Ya ALLAH kerana kau lahirkan aku dalam umat islam dan hambamu..

Apa yang aku harap dan azam kn, Andai rezeki untuk ku ada.. Teringin rasanya hendak menjejakkan kaki Di tanah suci bersama IBU dan AYAH.. Alangkah Indah dan bahagia ketika itu.. Tp bila?? Bila?? Sabar laa.... Insyallah.....heee...Melihat keindahan, sejarah dan kisah-kisah nabi dalam Jejak Rasul. Membuatkan hatiku rasa tenang dan bertambah syg pd Nabi.Apa pn aku bersyukur pada ALLAH dan junjungan NABI serta Salam Maulidurasul kepada semua umat islam...

Sekian,


Arghhhh!! STRESS???


Ngeriya kalo org yg sdg tertekan menjerit seperti itu.... Dalam kata lain, tekanan yang dihadapi sudah tidak mampu lagi ditanggung oleh minda dan hatinya. kalu di San Francisco, kebanyakan pendudukanya pasti akan menamatkan riyawatnya dengan terjun dari jambatan Golden Kate kalo sudah tidak mampu bertahan.. hurmmm.....mcm2 kn??.. Kalo korang tertekan?? Apa korang buat??.. Ok la..ingat 1 je ALLAH.. hati mesti tenang.. Haa...cam ne nk tenang>>

1. korang kenelh kenalpasti apa yg buat korang risau?? Catatkn dalam diari peribadi anda. Daripada sebesar-besar masalah hingga sekecil-kecil zarah..OK!.. Tulis kn laa seperti senarai dan dapat membaca dengan jelas.

2. Korang cube luahkan masalah korang pada sahabat, ahli keluarga yang korang pecayai dan sporting. Apabila ada pihak lain yang peka terhadap sesuatu pekara yang mampu membantu paras tekanan anda, mereka akan membantu anda sebaik mungkin. Ingat kongsi pada mereka yg terdekat dan boleh di percayai, OK!

3. Satu lg tips yang boleh mengurangkan tekanan dalam hati iaitu dengan menarik nafas dengan dalam dan lepaskan dengan secara pelahan-lahan. Amalkan ketika korang rasa susah hati dn sebagainya disamping doa dan keberkatan dari ALLAH. Korang pasti akan rase tenang setiap kali emosi terganggu, OK!

4. Yang terakhir, korang cube2 lh g joging ker?? Sebab bila kita rase tertekan bdan2 kita atau tubuh badan kita akan rase juga stress so gunakan kesihatan anda dengan mengurangkan rase tekanan. Kemudian dapatkn rehat yang secukupnya..

Haaa.....itu jelaa yang aku lakukan ketika aku berada dalam keadaan stress.. Cubela.. mana thu korang pn same.. p yg penting solat jgn lupe di iringi doa... Kadang-kadang hobi kita ni, bole mengurangkan rase strees kita... So selamat mencuba , OK!

Sekian,

Rezeki Hari Jadi... Terima Kasih YA ALLAH...

Alhamdulilah... syukurr.......


Harini 9 Febuary, rase nya rezeki dan doa untuk hari jadi aku... Aku dapat panggilan temuduga di Mutiara sebagai PR ( Publi Relation) dan juga panggilan dari Telekom. Alhamdulilah.... Syukur YA ALLAH...

Pagi2 lagi, aku dah bersiap2 untuk ke temuduga.. Melangkah keluar dari rumah hati dan mulut ku x henti2 membaca doa agar penemudugaku itu lembut hati untuk menemuduga pada harini...
Tepat pukul 10, aku sudah berada di Mutiara, samapai sahaja ada lh saudara menunjukan aku di mana bahagian Human Resorce Department. Wahhh..nampak macam corporate je semua ahli.. Aku rasa kagum n teruja bila menjejakan kaki di syarikat itu..

Kemudian, aku di kenalkan dengan seorang wanita ( Miss Anita) namanya. Orang nye kurus tinggi, bertudung biru dan berbaju belang2.. Segak!.. Hurmmm....Beliau menyuruh aku duduk di sebuah kerusi yang agak tepelosok sikit kawasan nya tetapi berhadapan dengan bilik Boss..
Wahh...boss perempuan chinese.. HEBAT!!...

10minit selepas itu, NURIZZATI rite, ok come to my room.. kata wanita itu..
Aku kemudian membontoti wanita itu ke bilik yang di arahkan. Kemudian beliau menyuruh aku bercakap dalam bahasa Inggeris... Wahh... toughh juga job ni.. ok2.. aku try dalam hati berkata..
Habis semua resume, sijil2 aku di semak n di lihat... Segan nyaa... cepat lh tutup file tu..hehehehe (dalam hatiku)

5 minit, beliau bersuara..

" Ok!! tell me about your self?"

Selesai aku memperkenalkan diri ( aku speaking seyyy...) hehehehe

" Ok!! Good!! tell me why u choose Mutiara is a part of your job??? "

jeng jeng jeng... apa korang nk jawab!.. haaa.. time ni aku hentam je la labu.. aku cakap lh Mutiara is a high class level, good potensi in perfmance n bla bla bla...

" Ok!! Good!! tell me how can u be the best of team in this company?? and What do you think about PR ( public relation)?"

huh!! time ni.. aku membebel tah pape tah..ada part aku membebel pn aku paham p aku tengok dia anguk2 je.. owhhh...paham kot..hehehehe....

Tibe2... senyap... perghh..neves jgn kata...

" Ok!! I think You can!! but i forward your application n i try recommad u to this job ok.. btw i hope u can wait from my calll... i like you to join my team for the futher.."

Yahuuuuuuuuuuuu!!!... hatiku berbunga2 Ya Allah.. moga2 permohonanku di terima dan aku dapat menjalankn tugasanku seperti yang di amanahkan...


Yang telekom tu pulak lain cerita, nk sangat2 keje telekom tp dia posting aku kt KL laa pulak..
Harapan tok aku pergi 30% dari 100%.. huh!! xtaw lahhh..... apa pn aku bersyukur mudah2an rezekiku melimpah ruah.. Alhamdulilah.....

Sekian,

Kerja Kerja Susah Nyee!!!


Huh!!! Pagi2 lagi aku dah bangun ~ Motif nk carik keje keje keje keje.....hehehe..Tepat kul10.30 pg, aku ngn nawar g ke Naza Company... Nawar ni rakan 1 campus dulu time belajar2 dulu.. Dia pn tengah nk mencari so kita plan carik sesame...hehehehe

Sampai je sane (Naza)...Huryyyyy...Ada job yang di perlukan...yahuuuuuuuu....... GAji $$$$.$$
Aku ngn nawar mata dah betukar jadik dolar dah cam ni $_$...gagagagagaga..........Apa lagi terus kitorang isi borang... resume n pic suma benda la kami bg......


Masa interview nawar malu2... Yang aku lak lebih xmalu.. melulu je masuk, hahahaha....pastu kami duduk depan manager dan soal selidik laa pape yg dia nk tahu....... Berdebar2 jugak laa... Hurmmm.. aku pn kata BOle BOle Bole...hehehehe.... Nawar pn ikot Bole Bole Bole sbb mta kami dah jadi $_$, hahahahaha......

Lepas je g Naza ktorang g makan,borak2.. Pastu g New York.. Bila nk masuk office HR..kami kene jumpa Mak Gurd... Perghhh... X-tion nyer aii mak gurd nniii... Menyampahh makk!!... Last2 bila dia bg taw jawatan kosong bahagian Admin xde...eee...ada ke dia suro aku keje house keeping... X X X...hehehehe....

Masa tu jam dah kul4.. Letih x terkata... Last2 nawar ajak balik.. Aku pn On jela... sebab kami letih sangat2... Memang lh zaman sekarang ni keje pn susah... Hurmmm.... Mudah2n dapat la kami ni keje...huhuhuhuhuhu....

Nawar......toink toink toinkk... lepakkkkk oiiii....harini...hehehehe

Sekian.

Demam

Pagi ni aku bangun lewat sangat setelah menunaikan solat subuh, aku tidur semula.. Badan xlarat nk bangunn tp aku dayakn juga...Aduhaiii.... DEMAM???

Dari malam td, badan dah rase xsedap.... nk tdo pn kesejukan.. Badanku mengigil teramat sangat.. Habis aku bungkus tubuhku dengan bj sejuk, kaki ku di baluti stokis tambahan lg dengan selimut ku yang tebal.. Itu pun aku rasa masih kesejukan.. Sejukkk xterkata...
Bila datang sahaja demam, YA ALLAH adalah penyakit mu ini 1 pengampunan dosa kecil untuk ku?? Aku mengharap pengampunan darimu. Sesungguhnya hambamu ini bukanlh insan yang sempurna...Aku redha, Aku tahu ALLAH sayang pada aku sebab tu dia berikan penyakit dan ujian buatku..


Krukkkk Krukkkk...perot aku berbunyi... Aduhh...lapanye... nk bangun tp badan xlarat....
Aku bangun dan menguruskan diri. Hari ini aku xmengemas langsung, bukan aku malas tp aku x daya.. Dengan selsema dan batuknya... haihhh.... Dugaann.....

Mudah2an Cepat lh sembuh....

Sekian

Selamat Pagi

Ceriakan harimu dengan senyuman....

Hari ini, Seperti biasa pukul 6.30 pagi aku akan bangun untuk menunaikan tanggungjawabku mengadap ALLAH. Selesai menunaikan tanggungjawabku, aku melelapkan mata seketika..

Alamakkkk!! terlajak sudah arini... pukul7.30 pagi tp masih berada di atas katil... tiba2...jeng jeng jeng.....

Aku terdengar ayah berkata pada ibu
" G dah kul10 ker?? Kawan dah lambat dah ni nk g keje ni ! ! !" kata ayah dengan nada yang kelam kabut, sedangkan br pukul 7.45 pagi.. hehehehe... ("kawan" iaitu bhs diri bg org johor)

Aku yang ketika itu sedang tergolek-golek di atas katil lalu bangun sambil tersenyum dengan apa yang dibualkan oleh ibu dan ayah. Ayah-ayah, kelakar bila teingat gelagat ayah ni.. Sikap ayah ni kalo terlambat ke tempat kerja di pastinya kelam kabut xkira la apa pn. Ayah seorang yang sangat tepati masa, Andai terlewat ini la akibatnya. Habis semua orang jadi huru hara.. Dengan aku2 skali jadi kelam kabut. Pakai tudung td pun senget benget jadi nya...Selekeh!!! Xsempat nk pakai bedak.. Tapi x pe laa... bukan ada yang pandang pn..hahaha..Hari ini ayah terlewat bangun sebab malam tadi ayah tengok bola sampai pagi, tu yang terlewat bangun.. Aku pulak xsedar, ingat ayah n ibu dah bangun... Kalo x, subuh td aku dah kejut dorang dah...hehehe..

Selepas ayah ke tempat kerja. Aku temankn ibu ke pasar tani macam2 ada, setiap pagi hujung minggu terutamanya hari Sabtu, semestinya aku akan ke pasar untuk membeli barang basah seperti ikan,sayur,ulam dsb.... Sumanya segar-segar..Kali ni aku nak cari Petai pulak.... aku teringin nk makan petai.. Ingat nk masak udang masak petaiii...SEDAPPNYEEE....... Jenuh aku mencarik, semua aku masuk tp petai pulak xde......HAMPA.....

X mengapalaa...mungkin xde rezeki kali ni... Minggu depan kan ada...hihihi... Jalan punya jalan.. Hurmmmm...nama pn pempuan nafsu ada 9.. hehehehe... Kalo x singgah ke kedai baju memang xsah... Hajat nk beli tudung/shawl tapi lain plak yang di belinya...hehehehe.... Tah aku tertarik dengan blous alaa cute2 g tu.. Warna konfem lh pink...hehehe...

Semasa sibuk memilih baju,aku terjumpa rakan sekolahku.. Nurhafizah... Makin cantik dia skg... Dia dah pun bekerja di sebuah syarikat... Kami beborak tentang diri masing-masing sehinggakan terlupa apa tujuan ke sana..hehehehe... Biasa laa lama xjumpa... Kami beborak tentang rakan2 sekolah yang lain. Ramai yang dah kawin.. Yang tinggal aku ni je... Tah biler jodoh nk sampai...hehehe.... Berdoa sahajalh izzati oiiii ( dalam hati berkata).. Kami bertukar2 number dan emil.. Harap2 perhubungan xterputus di situ.. Nice meetting you fiza... Awak makin cantik..hehehehe...... awww gitu...apa rahsia?? heeeeee

Sekian,

Kecantikan


Wanita memang sinonim dengan kecantikan. Hakikatnya sebagai hamba ALLAH kita perlu bersyukur atas nikmat dan pinjamanya. Anda pasti ingat bahawa di usia muda, menggunakan kosmetik boleh membuat anda terlihat lebih tua.Jadi bila anda ingin kelihatan muda maka anda bole mengurangkan warna pada wajah anda.Kurangkn penggunaan make-up yang hanya sekadar menutup kecacatan anda untuk sementara sahaja. Bagi saya, saya bukanlh yg suka dengan penggunaan alat solek cukup la sekadar krim daily untuk menghalang sinaran matahari dan bedak compact apabila keluar bersiar-siar.

Gunakan face vitamin moistorizor untuk melembabkan wajah anda selain itu ia juga memberikan vitamin kepada kulit muka.Wajah anda akan berseri-seri dan tidak terdapat lingkaran garis-garis pada bawah mata. Hidari daripada menggunakan produk yang lebih kepada kuat bahan kimianya,kerana untuk masa panjang kulit anda akan terhakis secara pelahan2an.
Kalu bole carik produk yang berasakan buah-buahan atau herba.

Lindungi wajah anda daripada sinaran ultra vio;et yang berbahaya kerana akan menyebabkan kerutan pada wajah anda. Pastikan kulit anda dan tubuh anda mendapat cukup vitamin C dari pemakanan kerana ianya sangat penting untuk produksi collegen yang merupakan sesuatu protein struktur yang menjaga kulit tetap halus dan kenyal. Selain itu kulit anda akan putih bersih.

Buah-buahan dan sayur-sayuran sangat kaya dengan antioksidan yang menjaga radikal bebas yang boleh merosakan kulit serta menjadi kerepot. Jadi pastikan anda memakan paling sedikit 5biji buah atau sayuran dalam sehari untuk kesihatan dan wajah anda.
Selamat mencuba...

Sekian,

Frenzz For Ever ! ! ! ( PART 1 )

Seorang sahabat sentiasa hadir walau jauh dimana sekali pn. Wujudnya ia ketika kita berada dalam kesusahan. Bagi saya seorang sahabat memiliki 3 hal iaitu membahagiakan, mengembirakan dan menyenangkan. Jika kehidupan selalu silih berganti dalam bentuk 3 hal ini maka sahabat membuat hidup ini indah dari bercinta sebenarnya tetapi bukan jatuh cinta ye..
Hati2...

Sebagai seorang sahabat. Walaupun tak sempat bertegur sapa, susah di hubungi yang pasti banyak kenangan yang sukar di luputkan. Tidak lupa juga kenangan memohon maaf atas kesilapan yang pernah kita sama2 lakukan keberadaan sahabat buat saya sangat membahagiakan... Sahabat terbaik tidak akan menjatuhkan sahabat nyer itu. Malah sentiasa mendokong atau memberikan semangat ketika kita jatuh.

Terkenang aku ketika masih di zaman campus. Sahabat karibku Nur Farahin atau dikenali sebagai fara. Kami seakan adik beradik. Kemana sahaja aku berada pastinya fara juga ada. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Kini aku dan dia membuat haluan masing2.. Apa yang pasti kami bukan laa putus hubungan. Dia berada di seremban manakala aku di Johor Bahru.
Banyak kenangan aku dan sahabatku. Dia very funkyy gurl..nampak mcm lasak tp hakikatnya dia ni lemah lembut. Setiap tingkahlakunya amat menyenagkan aku sbb dia ni kelakar.

Aku 1 bilik dengan fara ketika kami menyewa di Bangi bersama rakan2ku yang lain... Paling kelakar sa'aat "cikunda" nama singkatan untuk bantal busuknya.... Aku kurang pasti apa yang menyebabkan bantal itu di panggil cikunda.. tp baunya...makkkaihh...pergi jauhhh.... HARUmmm..

Yang kelakarnya...aku sangat Arlegic ngn bantal cikunda ni.. Pernah laa 1 ketika fara dengki lalu meletakan bantal itu kemukaku.. Massyallahh...cuba kwn2 bayangkan betapa harumnya bau bantal itu.. Aku hampir lemas.. Selang beberapa hari jerawat tumbuh di pipi akibat kuman bantal tersebut..wakakakaka.... Naseb laa sebijik je.. kalu berbijik2.. Jenuhhh aku nk menatap wajah yang bjerawat ni... 1 tu pn bg ku terseksa giler...hihihiiii

Setelah itu aku serik dan bantal itu tidak akan ku sentuh.. Bila time nk kemas je bantal tu mesti jatuh..Cm mana nk susun balik.. Diam Diam bila fara xda aku campak je bantal tu ngn kaki...kikiki....Syutttttttt....sbb takut nanti jerawat tumbuh lg....hehehehe... Kalo kt rumah sewa boleh kata semua org takut dengan bantal tu... hahahahaha.... Kalo aku dengki or usik fara konfem batal itu jadik sasaran dia untuk baling or bagi kt aku.. Apa lg belari2 laa ku kt rumah tu.. Habis meja makan aku dan fara keliling dan macam india nk kawen...hahahahaha...

Aku pulak suka menyakat dia.. Aku dan fara memang rapat sejak kami dari part 1 lg.. Banyak susah senang kali lalui... Kereta rosak tengah jalan siap asap bekepok2 lagi dah laa masa tu fara nk Exam... Masa ni Panik giler... Suma orang tgk aku sebab yang bawak kater nyer aku.. Driver yang lain kt belakang suma lari masuk lane lain...sebab asap kate masyallah kalah jerebu...hahahahaha....Aku dah lh taw bawak kereta aje.. nasib baik HERO (Hanan) datang membantu...hahahaha.... Nasib ko selamat laa fara. Hanan hantar far ke campus sebab dia dah lewat nk exam nasib baik laa lecturer xkisah.. Haaa...pastu ko tinggalkan aku kt kereta, dah laa aku xmandi pagi lg sebab nk cepat hantar ko exam pastu kereta plak wt hal time tu.. Malu seyy...hahahahaha..

Kami jenis wt hal kami yang penting kami x kaco hidup orang lain.. Study mestilah 1st.. Pernah kami overnite sebab nk stdy.. Fara Xam lain dan aku Xam lain tp pada hari yang sama.. Aku cakap kt fara aku nk tido 20minit je.. kemudian aku tido lh.. selepas 20minit fara kejut.. Aku pulak stdy.. fara cakap kejut aku 20minit lagi.. Aku yang masih mamai angguk dan terus menghafal note2 dan formular... Sedar x sedar tah biler aku tertido sehingga esok pagi...Last2 ktorang tdoooo same2, hahahaha.... Overnite konon.. Haaaaaa...naseb baik laa kami dah stdy awal2.. Alhamdulilah dapat jawab dengan tenang...

Kemudian bila hujung minggu je ada jela plan ktorang nk ke sana lh ke sini lh... Pagi Sabtu tu kami xde kelas. Aku ajak fara kua tp xpasti ke mana. Hari tu liat sangat fara nk bangun.. kejut2 tido kejut2 tido.. Tetibe perut aku meragam dan hampir2 mengeluarkan gas sepoi2 bahasa gtu..
Dengan secara xsengaja.Aku tidak dapat menahan tekanan yang menekan2 perutku lalu angin itu aku lepaskn.. Maka keluarlah wangian yang disangka2kan.. Ketika itu fara yang sedang nenyak tido aku sangka dia x perasan, hehehe... Aku pun keluar dari bilik tetibe terdengar suara menjerit....Oiiiiii....busukk lh Oiiiiiiiii!!!!!!!!! Aku menyambut dengan gelak ketawa kerana anginku itu berjaya menyebabkan fara bangun. Aku berjaya....hahahahahaa......... Soryy ye fara kalo ko bc....Kenangan itu..mesti ko rindu...hahahahaha

Bila tiba waktu solat kami selalu berjema'ah, selalunya aku lh jadi iman. Hari Khamis je kami bc Yassin.. Haa...bc yasin ni pn ada gak sweet memory, bley kata apa shj kami buat mesti ada kenangan.. Dengan xsemenea2 ketika kami membaca surah yasin kami gelak.. Astagfirullah, aku beristifar dalam hati...tp gelak itu xhabis lagi..Aku ngn fara pn xtaw kenapa.. Masyallah, Syaitan menganggu kami ketika itu.. Lalu aku dan fara membacam surah yassin berasingan. Bila kami tepandang je kami gelak.. (blur2)....hahahahaha...

Apa pn fara, kau memang the best frenz that i ever had... Thank for everything.....
Kenangan masa kita study dulu best giler buat aku. Walaupun banyak pahit tp kita lalui dengan penuh kegembiraan. Aku harap persahabatan kita xputus sehingga ada anak..cucu...cicit..hehehehe... Ko kawin jemput aku...Aku kawin aku jemput ko..Ehh..aku daa aku merepek... hahahahaha............

Friend forever ! ! !

Sekian,